Serbia didakwa guna senjata sonik surai demonstrasi

Serbia didakwa guna senjata sonik surai demonstrasi

PIHAK berkuasa Serbia menafikan mereka menggunakan senjata sonik bagi menyuraikan demonstrasi membantah rasuah di Belgrade, baru-baru ini. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BELGRADE: Pihak berkuasa Serbia didakwa menggunakan senjata sonik gred ketenteraan bagi menyuraikan demonstrasi besar-besaran membantah rasuah kerajaan di ibu negara pada hujung minggu lalu.

Rakaman video ketika perhimpunan menunjukkan orang ramai sedang berdiri bertafakur selama 15 minit bagi memperingati mangsa tragedi sebelum satu bunyi nyaring tiba-tiba kedengaran, menyebabkan panik dan kekecohan.

Saksi berkata mereka yang berada di tengah jalan bertempiaran lari ke tepi selepas mendengar bunyi itu, dengan sebahagiannya tersungkur kerana ditolak oleh orang lain yang panik.

Menurut pakar keselamatan, mereka yang terdedah kepada senjata berkenaan akan mengalami kesakitan pada telinga, kekeliruan dan ketakutan.

Pendedahan berpanjangan boleh menyebabkan gegendang telinga pecah serta kerosakan pendengaran yang kekal.

Beberapa mangsa mendakwa mengalami sakit kepala yang teruk dan loya selepas kejadian tersebut.

Sesetengah pakar keselamatan mendakwa alat yang digunakan adalah Long Range Acoustic Device (LRAD), iaitu peranti khas buatan Amerika Syarikat yang mampu mengeluarkan gelombang bunyi berfrekuensi tinggi dalam jarak jauh.

Bagaimanapun, dakwaan itu masih belum dapat disahkan secara bebas.

Beberapa kumpulan hak asasi manusia serta pemimpin pembangkang mendakwa senjata tersebut yang boleh melumpuhkan orang ramai buat sementara waktu telah digunakan dalam menyuraikan protes.

Presiden Serbia, Aleksandar Vucic bagaimanapun menafikan penggunaan senjata itu, menyifatkan tuduhan tersebut sebagai ‘pembohongan jahat’ yang bertujuan mencemarkan imej Serbia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya