Serangan terbaharu Zionis di Gaza sudah ragut 330 nyawa - Utusan Malaysia

Serangan terbaharu Zionis di Gaza sudah ragut 330 nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA: Pihak berkuasa Gaza melaporkan sekurang-kurangnya 330 rakyat Palestin terbunuh atau hilang dalam tempoh lima jam selepas Israel kembali melancarkan serangan di seluruh Semenanjung Gaza.

Serangan besar-besaran itu berlaku dalam keadaan sekatan masih dikenakan di Gaza Gaza, menyebabkan lebih 2.4 juta penduduknya terputus bekalan keperluan asas.

Tentera Israel mendakwa mereka menyasarkan serangan ke atas Hamas, manakala Hamas menuduh Israel memungkiri perjanjian gencatan senjata.

Tentera Israel mengesahkan bahawa mereka telah melancarkan serangan udara terbesar ke atas Gaza sejak gencatan senjata dengan Hamas berkuat kuasa pada 19 Januari, lapor Anadolu Ajansi.

“Kekejaman ini sekali lagi membuktikan entera penjajah Israel hanya memahami bahasa pembunuhan, kemusnahan dan genosid,” menurut kenyataan Pejabat Media Kerajaan Gaza.

Kenyataan itu turut menegaskan serangan berlaku dalam keadaan sekatan masih dikenakan ke atas Gaza serta semua lintasan sempadan ditutup, memburukkan lagi krisis kemanusiaan dan menyebabkan lebih 2.4 juta penduduk terputus bekalan keperluan asas.

Mereka menyeru masyarakat antarabangsa, termasuk Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dan badan hak asasi manusia supaya segera bertindak menghentikan pembunuhan beramai-ramai ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya