‘Semakin AS sekat, semakin banyak dadah akan masuk ke negara itu’

‘Semakin AS sekat, semakin banyak dadah akan masuk ke negara itu’

ANGGOTA polis menggunakan anjing pengesan untuk mencari bungkusan dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa El Dorado di Bogota, Colombia. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOTA: Kementerian Pertaha­nan Colombia memberi amaran tindakan senarai hitam terhadap negara itu oleh pentadbiran Pre­siden Donald Trump kerana gagal membendung penyeludupan dadah ke Amerika Syarikat (AS) merupakan ‘langkah yang salah’.

Menterinya, Pedro Sanchez berkata, tindakan itu hanya akan menyebabkan semakin banyak dadah, terutamanya kokain di seludup masuk ke AS.

Tindakan itu juga memberi tamparan besar terhadap Colombia yang menerima bantuan ketenteraan dari AS, sekali gus boleh mencalarkan reputasi negara ini.

“Memasukkan Colombia sebagai negara yang disenarai hitam oleh AS akan membuatkan kami ‘hilang keupayaan’ untuk membendung kegiatan penyeludupan.

“Kegagalan itu akan memberi kesan kepada AS kerana lebih banyak kokain tiba di negara itu dan akhirnya Washington tidak akan menjadi semakin kuat, le­bih makmur atau selamat.

“Pertikaian dan perbalahan seperti ini hanya akan memberi ruang kepada kumpulan penjenayah mencari ruang meluaskan lagi jenayah mereka,” katanya.

Sehubungan itu, Colombia me­lancarkan Tindakan pertahanan secara diplomatic bagi mengelakkan disenarai hitam oleh AS menjelang penilaian pada September nanti.

Namun, banyak pegawai kerajaan Colombia optimis negara ini tidak akan disenarai hitam kerana jika ia berlaku, hampir separuh bilio bantuan dana AS untuk Colombia akan terhenti.

Menurut data kerajaan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa ersatu (PBB), sejak Presiden Gustavo Petro memegang tampuk pentadbiran pada 2022, Kawasan penanaman pokok kokain meningkat sebanyak 70 peratus.

Trump sebelum ini mengambil tindakan tegas terhadap Mexico dan Kanada ekoran kemasukan dadah yang besar ari kedua-dua negara itu.

Antara langkah yang diambil Presiden AS itu adalah mengenakan tarif perdagangan yang tinggi.

AS sebelum ini menyalurkan bantuan bilion dolar kepada pasukan keselamatan Colombia selama beberapa dekad, selain membantu membanteras kumpulan pemberontak dan kartel dadah yang menghasilkan lebih 90 peratus kokain di AS.

Namun, pendekatan Petro yang lebih mengutamakan ‘keamanan menyeluruh’ menyaksikan operasi ketenteraan terhadap kumpulan pemberontak menjadi perlahan, sekali gus memberi peluang kepada kartel meluaskan penyeludupan dadah.

Sehubungan itu, Sanchez mengakui pendekatan itu menyebabkan berlaku kebangkitan sejumlah kumpulan pemberontak bersenjata.

“Kumpulan itu berkembang kerana kawalan keselamatan yang semakin longgar dan perlahan, menyaksikan pada tahun lalu, sebanyak 1,500 kumpulan bersenjata ‘wujud’ di negara ini,” ujarnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya