Selepas cat keldai jadi kuda belang, kini harimau kumbang obes pula jadi perhatian di zoo China - Utusan Malaysia

Selepas cat keldai jadi kuda belang, kini harimau kumbang obes pula jadi perhatian di zoo China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Rakaman menunjukkan harimau kumbang yang mungkin disifatkan paling gemuk di dunia mengejutkan para pencinta haiwan manakala zoo yang menempatkannya memaklumkan haiwan itu kini menjalani diet bagi mengurangkan berat badan.

Rakaman dan imej pemangsa terlebih berat di Zoo Chengdu, China mula tular dalam media sosial sejak 9 Mac lalu.

Setelah rakaman itu tersebar, zoo tersebut mempertahankan haiwan ini dengan mendedahkan bahawa ia sangat tua dan bukannya hamil menyebabkan metabolisme dan fungsi tubuh haiwan tersebut tidak berada dalam keadaan baik.

Penjaga zoo menangkis kebimbangan orang ramai mengenai haiwan ini dengan berkata pihaknya sedang mengurangkan jumlah makanan bermula dengan daging lembu dan makanan lain.

Berat harimau kumbang itu membuatkan ramai mendakwa haiwan lain di zoo tersebut juga mungkin mengalami masalah kegemukan akibat pemberian makanan berlebihan.

Seorang pengguna media sosial berkata, dia menyangkakan haiwan itu hamil kerana terlalu gemuk manakala seorang lagi warga maya meminta ia ‘bersenam lebih banyak’.

Beberapa pengguna lain pula mempersoalkan pengurusan zoo serta menyeru siasatan dijalankan kerana penganiayaan haiwan.

Pengurusan zoo di China semakin mendapat perhatian ramai selepas sebuah zoo di wilayah Shandong, China, mengakui mereka mengecat keldai dengan warna hitam dan garis putih untuk menjadikannya kelihatan seperti kuda belang menyebabkan pengguna media sosial menggelar tindakan kejam ini sebagai tidak adil kepada haiwan dan pengunjung.

Walaupun mendapat kecaman, kakitangan taman hiburan tersebut menyatakan tindakan mereka adalah sebahagian daripada strategi pemasaran. Mereka mendakwa tiada bahaya dilakukan terhadap haiwan tersebut dan cat yang digunakan adalah tidak bertoksik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya