Sarjana India terbit terjemahan baharu al-Quran dalam bahasa Inggeris - Utusan Malaysia

Sarjana India terbit terjemahan baharu al-Quran dalam bahasa Inggeris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Sarjana India menerbitkan terjemahan baharu al-Quran dalam bahasa Inggeris dengan matlamat menyampaikan mesej al-Quran yang sewajarnya.

Zafarul Islam Khan, 77, seorang sarjana lulusan Universiti Al-Azhar mengambil masa kira-kira 12 tahun untuk menyiapkan karya terbabit, dengan tempoh tiga tahun terakhir (2020-2023) yang intensif.

Mendapat pendidikan di India, Mesir dan Britain, beliau fasih dalam bahasa Urdu, Arab dan Inggeris serta telah menulis dan menterjemah puluhan buku dalam ketiga-tiga bahasa.

Sebelum itu, beliau pernah bertugas sebagai editor-penterjemah di Kementerian Luar Libya selama enam tahun.

Pemegang PhD dalam Pengajian Islam dari Universiti Manchester ini juga merupakan felo penyelidik di The Muslim Institute, London (1979-1992).

Beliau membuat keputusan untuk menyemak semula terjemahan popular al-Quran oleh Abdullah Yusuf Ali semasa menunaikan haji bersama isteri pada 2010.

“Terjemahan dalam bahasa yang mudah difahami amat diperlukan. Saya memulakan semakan pertama pada Januari 2011 dan menyiapkannya pada Ogos 2012,” katanya kepada Bernama.

Namun, dengan semakan lanjut serta masalah teknikal seperti kerosakan cakera keras komputer menyebabkan kelewatan yang tidak dijangka.

Selepas bersara daripada tugas rasmi, beliau menumpukan sepenuh perhatian kepada projek itu dan berjaya menyiapkan ‘semakan semula yang menyeluruh dalam tempoh setahun.

Manuskripnya kemudian dihantar secara berperingkat kepada 70 sarjana Islam dan profesor bahasa Arab di seluruh dunia untuk dinilai.

Beliau membentangkan naskhah yang telah diterbitkan dalam satu majlis di Pusat Kebudayaan Islam India, New Delhi, yang turut dihadiri para sarjana agama dan profesor bahasa Arab.

Zafarul Islam menerbitkan terjemahannya dalam dua edisi – satu yang mengandungi teks Arab dan satu lagi dalam bahasa Inggeris sahaja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya