Remaja 15 tahun dapat ‘idea’ bunuh ibu dari Netflix

Remaja 15 tahun dapat ‘idea’ bunuh ibu dari Netflix

Suzanne Gelinskey
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang remaja yang dituduh membunuh ibunya dengan kejam mendakwa dia mendapat inspirasi untuk melakukkan jenayah terkutuk itu selepas menonton siri dokumentari Netflix iaitu mengenai adik-beradik Menendez.

Reed Gelinskey, 15, akan diadili sebagai orang dewasa bagi tuduhan membunuh ibunya, Suzanne Gelinskey, pada 4 Mac lalu di rumah mereka di Caledonia, Wisconsin.

Remaja itu didakwa menghantar gambar ibunya yang sudah mati terbaring di lantai kepada seorang gadis melalui SnapChat sebelum gadis tersebut menghubungi Jabatan Polis Caledonia.

Apabila pegawai polis tiba di rumah mangsa, Gelinskey didapati duduk di depan rumah dengan pakaian berlumuran darah sambil memegang sebilah pisau dan mengaku melakukan jenayah itu.

Gelinskey memberitahu polis dia sedang menonton dokumentari mengenai adik-beradik Menendez di Netflix yang mendedahkan tentang pembunuhan pada 1989 di mana Lyle dan Eric Menendez menembak mati ibu bapa mereka di ruang tamu rumah di California.

Remaja itu memberitahu polis dia ‘berasa yakin untuk membunuh ibunya’ semasa menonton adegan tembakan dalam dokumentari itu.

Selepas ibunya tidur, remaja itu menyembunyikan ubat tidur, mengambil pisau daging, dan menyembunyikan barbel di lengan bajunya.

Dia kemudian memanggil ibunya turun ke bawah rumah untuk mencari ubatnya dan ketika ibunya berpaling, Gelinskey didakwa menghentak kepala ibunya dengan barbel tersebut, katanya kepada polis.

Remaja itu kemudian menolak ibunya ke lantai dan melompat ke atasnya sambil memegang pisau sebelum menikam wanita itu sebanyak lima kali, tiga kali di dada dan dua kali di leher.

Suzanne Gelinskey ditemui tidak sedarkan diri di ruang tamu rumah, terbaring dengan pakaian yang dipenuhi darah dan mengalami pelbagai luka tikaman.

Suspek remaja itu ditahan di tempat kejadian dan mendedahkan fikirannya terganggu kepada polis semasa sesi temuduga.

Gelinskey juga memberitahu polis dia mempunyai keinginan untuk membunuh ibu bapanya ketika pulang dari sekolah pada hari kejadian kejam itu. Dia merancang untuk membunuh bapanya ketika pulang dari kerja, tetapi tidak dapat menemui tukul yang cukup besar.

Remaja itu mendakwa dia mengalami kemurungan dan mengambil ubat antikebimbangan abangnya.

Ketika kejadian, dia mendakwa mengambil kira-kira sembilan biji pil tersebut untuk menenangkan diri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya