Rahsia umur panjang wanita tertua dunia didedahkan

Rahsia umur panjang wanita tertua dunia didedahkan

GENETIK istimewa dimiliki Maria Branyas Morera menjadikan sel badannya berfungsi 17 tahun lebih muda. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Rahsia di sebalik umur panjang Maria Branyas Morera, wanita tertua di dunia yang meninggal dunia di Sepanyol Ogos tahun lalu pada usia 117 tahun, terbongkar apabila kajian mendapati dia memiliki ‘genetik istimewa’ yang menjadikan sel badannya berfungsi seperti 17 tahun lebih muda.

Kajian yang diketuai Profesor Genetik dari Universiti Barcelona, Manel Esteller, mendedahkan mikrobiota atau bakteria dalam usus Branyas menyerupai mikrobiota bayi, sekali gus menyumbang kepada tahap kesihatan yang luar biasa.

Akhbar harian Ara melaporkan, kajian tersebut merupakan penyelidikan paling lengkap pernah dilakukan terhadap golongan supercentenarian iaitu individu yang berusia 110 tahun ke atas.

Menurut pasukan penyelidik, Branyas kekal sihat dan waras sehingga ke penghujung usianya dengan hanya mengalami masalah kesihatan ringan seperti sakit sendi dan kehilangan pendengaran.

Gaya hidup sihat Branyas turut memainkan peranan dalam memanjangkan usianya selain mengamalkan diet Mediterranean yang merangkumi tiga hidangan yogurt setiap hari, mengelakkan alkohol dan rokok, serta kerap berjalan kaki.

Penemuan itu diharap dapat membantu pembangunan ubat dan rawatan bagi penyakit berkaitan penuaan, selain mencabar persepsi proses penuaan semestinya berkait rapat dengan penyakit.

Branyas dilahirkan di San Francisco, Amerika Syarikat pada 4 Mac 1907 selepas ibu bapanya berhijrah dari Sepanyol dan Mexico namun pulang semula pada tahun 1915 ketika Perang Dunia Pertama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya