Presiden Indonesia arah GoTo, Grab beri bonus Aidilfitri kepada 'rider' - Utusan Malaysia

Presiden Indonesia arah GoTo, Grab beri bonus Aidilfitri kepada ‘rider’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, mengarahkan syarikat perkhidmatan e-hailing seperti GoTo Group dan Grab Holdings memberikan bonus khas sempena Aidilfitri kepada pemandu dan penghantar barang mereka.

Presiden mengumumkan keputusan itu dalam sidang akhbar bersama Ketua Pegawai Eksekutif GoTo, Patrick Walujo, dan Ketua Pegawai Eksekutif Grab, Anthony Tan di Jakarta semalam.

Menurut beliau, jumlah bonus akan dikira berdasarkan tahap aktiviti kerja setiap pemandu. Butiran lanjut mengenai mekanisme pengiraan bonus akan dibincangkan secara terperinci antara syarikat-syarikat terbabit dengan Kementerian Tenaga Kerja Indonesia.

“Terdapat kira-kira 250,000 pemandu dan penghantar barang dalam talian yang aktif sepenuh masa, serta sekitar 1.5 juta lagi yang bekerja secara sambilan,” katanya.

Beliau turut menegaskan inisiatif ini bertujuan memastikan pemandu dan pekerja penghantaran dalam talian dapat menikmati sambutan Aidilfitri dengan lebih selesa dan menggembirakan.

“Melalui dasar ini, pemandu dan penghantar dalam talian boleh menyambut Aidilfitri dan pulang ke kampung halaman dalam keadaan yang baik dan lebih tenang,” kata beliau.

Prabowo turut menetapkan semua syarikat swasta dan syarikat milik pemerintah (BUMN) perlu membayar bonus itu sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum cuti Aidilfitri yang dijangka disambut pada 31 Mac ini.

Pengumuman itu adalah sebahagian daripada beberapa langkah populis yang diambil Prabowo sejak kebelakangan ini dalam usaha merangsang ekonomi domestik.

Antara langkah lain termasuklah menaikkan gaji minimum melebihi jangkaan sebelum ini serta menangguhkan kenaikan cukai nilai tambah (VAT).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya