Prabowo mahu bina penjara khas untuk pesalah rasuah di pulau terpencil

Prabowo mahu bina penjara khas untuk pesalah rasuah di pulau terpencil

PRABOWO SUBIANTO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mengumumkan rancangan membina sebuah penjara di pulau terpencil bagi menempatkan pesalah rasuah sebagai hukuman bagi jenayah serius mereka terhadap negara.

Beliau menegaskan individu yang terlibat dalam salah laku itu merupakan penghalang terbesar kepada usaha pembangunan negara, selain menekankan mengenai kesan buruk amalan rasuah terhadap masyarakat.

“Saya juga akan memperuntukkan bajet untuk membina penjara di lokasi terpencil, di mana mustahil bagi pesalah rasuah untuk melarikan diri,” katanya di ibu pejabat Kementerian Pendidikan Rendah dan Menengah di Jakarta, kelmarin.

Menurut Prabowo, golongan seperti guru, doktor, petugas perubatan dan petani adalah paling terkesan akibat penyelewengan dana negara oleh individu korup.

Beliau menekankan langkah penjimatan bajet di semua institusi negara bagi memastikan setiap dana dimanfaatkan untuk kesejahteraan serta dilindungi daripada penyalahgunaan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Walaupun mengaku wujud bantahan terhadap pemotongan bajet, Prabowo menegaskan pentadbirannya berada di landasan yang betul kerana komitmen tulen untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Indonesia.

Pada masa sama, beliau mengulangi pendiriannya untuk tidak berundur dalam perjuangan menentang rasuah di negara tersebut.

“Saya tidak akan berundur dalam peperangan melawan perasuah. Mereka harus sedar bahawa saya sanggup mati demi bangsa dan negara ini.

“Saya tidak takut kepada mafia kerana saya mempunyai ketua polis, panglima tentera dan guru di pihak saya,” katanya.

Prabowo turut berharap sektor pendidikan dapat menyumbang kepada usaha kerajaan dalam membanteras rasuah demi kemajuan negara.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan mekanisme baharu untuk mengagihkan elaun kepada guru berstatus penjawat awam di wilayah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya