Populasi warga emas: China paling banyak, Qatar terendah di dunia - Utusan Malaysia

Populasi warga emas: China paling banyak, Qatar terendah di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA: Populasi warga emas Turkiye seramai 9.1 juta orang melebihi jumlah penduduk 96 negara, termasuk Switzerland, Denmark, Ireland, New Zealand dan Armenia, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Jumlah penduduk Turkiye pada 2023 ialah 85.6 juta orang dengan 10.6 peratus daripadanya diklasifikasikan sebagai warga emas, menurut angka daripada Institut Statistik Turkiye (TurkStat) yang disusun agensi berita tersebut.

Di peringkat global, warga emas merangkumi 10.2 peratus daripada 8.1 bilion penduduk dunia tahun lepas.

China mencatatkan jumlah warga emas tertinggi di dunia dengan 208.1 juta orang, diikuti India (103.7 juta) dan Amerika Syarikat (61.9 juta).

Monaco mempunyai peratusan tertinggi warga emas, merangkumi 36.2 peratus daripada jumlah penduduknya seramai 38,631 orang, diikuti Jepun (29.8 peratus), Itali (24.6 peratus), Portugal (24.5 peratus) dan Greece (23.9 peratus).

Sementara itu, Qatar pula mempunyai nisbah penduduk warga emas terendah pada kadar 1.7 peratus, diikuti Emiriah Arab Bersatu (1.8 peratus), Zambia (1.9 peratus), Chad dan Sudan (2.1 peratus) serta Republik Afrika Tengah (2.2 peratus).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya