Pilihan raya mengejut Kanada untuk tangani ancaman Trump

Pilihan raya mengejut Kanada untuk tangani ancaman Trump

MARK CARNEY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OTTAWA: Perdana Menteri Kanada, Mark Carney mengumumkan pilihan raya mengejut bakal diadakan pada 28 April ini dalam usaha mendapatkan mandat lebih kukuh bagi menangani ancaman yang didakwa berpunca daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Katanya, Kanada ketika ini berdepan dengan krisis paling besar akibat daripada tindakan perdagangan tidak adil oleh Trump serta ancamannya terhadap kedaulatan negara.

Carney berkata demikian kepada media selepas ketua Gabenor, wakil peribadi Raja Charles, meluluskan permohonan untuk mengadakan pilihan raya.

Menurut Carney, Trump mahu melemahkan Kanada agar ia menjadi milik AS sepenuhnya.

Keputusan Carney me­ngadakan pilihan raya lebih awal dibuat selepas pemulihan mendadak Parti Liberal dalam tinjauan pendapat sejak Ja­nuari lalu.

Ketika itu Trump mula mengancam Kanada dan bekas Perdana Menteri, Justin Trudeau, mengumumkan peletakan jawatan.

Hubungan antara Ka­nada dan AS semakin te­gang sejak Trump me­ngenakan tarif perdagangan terhadap negara itu selain mengancam untuk menggabungkan Kanada de­ngan AS.

Hubungan tegang ke­dua-dua negara semakin meningkat apabila Trump pada 6 Mac lalu menangguhkan tarif 25 peratus terhadap beberapa barangan Kanada selama 30 hari sebelum mengenakan sekatan baharu bagi import keluli dan alumi­nium.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya