Peniaga Pasar Tanah Abang mengeluh jualan tidak laku menjelang Aidilfitri - Utusan Malaysia

Peniaga Pasar Tanah Abang mengeluh jualan tidak laku menjelang Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, suasana di Pasar Tanah Abang, Jakarta Pusat tidak sehangat tahun-tahun sebelumnya apabila peniaga mengeluh jumlah pembeli yang merosot secara mendadak.

Menurut seorang peniaga, Edo, 35, jumlah pelanggan yang datang ke pasar borong terbesar di Asia Tenggara itu menurun hampir 50 peratus berbanding tahun lalu.

“Tahun sebelum ini, pembeli seperti tawaf di sini, berjalan pun hanya selangkah kerana terlalu sesak,” katanya ketika ditemui di gerainya pada Sabtu.

Bagaimanapun, situasi tahun ini berbeza apabila suasana di pasar itu lebih lengang dan beberapa koridor bahkan masih kosong.

“Sekarang, kalau nak main bola pun boleh sebab terlalu lapang,” ujarnya berseloroh.

Katanya lagi, pada musim perayaan sebelum ini, dia mampu menerima sekitar 150 pelanggan sehari, tetapi tahun ini jumlahnya merosot separuh.

Sementara itu, seorang lagi peniaga, Novi, turut mengeluh keadaan yang jauh lebih sepi berbanding tahun lalu.

“Kalau tahun lepas, dari pagi sampai petang, pasar penuh sesak. Sekarang, pelanggan cuma ramai dua jam sahaja, selepas itu lengang semula,” katanya.

Tambah Novi, pendapatannya pada tahun lalu mampu mencecah Rp 10 juta sehari (RM3,000), tetapi kini hanya sekitar Rp 5 juta (RM1,500) sahaja.

Kemerosotan jumlah pelanggan memberi kesan langsung kepada pendapatan peniaga di Pasar Tanah Abang di mana selain faktor ekonomi, kehadiran kedai dalam talian (e-commerce) turut menjadi cabaran besar buat peniaga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya