Pengusiran Mahmoud Khalil boleh cetus kempen pengusiran meluas orang Arab, Muslim - Utusan Malaysia

Pengusiran Mahmoud Khalil boleh cetus kempen pengusiran meluas orang Arab, Muslim

MAHMOUD KHALIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHICAGO: Mengusir pemegang kad hijau dari Amerika Syarikat (AS), Mahmoud Khalil boleh mencetuskan penindasan dan sasaran meluas terhadap orang Arab dan Muslim yang berani mengkritik Israel, kata seorang peguam hak sivil kepada Arab News.

David Chami mewakili 22 daripada 27 pelajar yang telah diusir dari Universiti Arizona State selepas dituduh melakukan pencerobohan dan kerosakan harta benda.

Bagaimanapun beliau menegaskan, 22 kliennya mahupun Mahmoud tidak melakukan sebarang kesalahan serius yang boleh dijadikan alasan untuk sebarang hukuman.

“Tidak syak lagi, apa yang dilakukan oleh Imigresen dan Penguatkuasaan Kastam (ICE) dan kerajaan melanggar Perlembagaan dan undang-undang asas negara ini,” tambahnya.

Kes Mahmoud yang juga pelajar Universiti Columbia itu boleh membuka pintu kepada pengusiran besar-besaran jika mereka terus menyasarkan dan mengganggu pelajar.

Chami berkata, di bawah undang-undang AS, Mahmoud atau mana-mana pemegang kad hijau perlu disabitkan dengan kesalahan serius sebelum diusir.

Chami menjelaskan pemegang kad hijau yang hanya selangkah lagi untuk menjadi warganegara rasmi, boleh diusir selepas disabitkan dengan jenayah tertentu di bawah undang-undang imigresen AS.

“Ini termasuk jenayah moral seperti penipuan, kecurian, keganasan, atau berbohong dalam permohonan. Mereka perlu melakukan jenayah berat seperti pembunuhan, pengedaran dadah, atau kesalahan berkaitan dadah yang lain.

“Namun, mereka mungkin dituduh melakukan jenayah, tetapi itu masih tidak memberikan asas untuk pengusiran sebaliknya perlu disabitkan dahulu. Tetapi tiada cubaan mendakwa atau menyabitkan Mahmoud,” katanya.

Menurut Chami, Mahmoud ditangkap di rumahnya pada 8 Mac oleh pegawai ICE dan percubaan untuk mengusirnya telah mencetuskan suasana kebencian anti-Arab dan Islamofobia yang disebarkan oleh media AS.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya