RAMALLAH: Sekumpulan peneroka haram Israel bertindak meratakan kawasan luas tanah milik penduduk Palestin di perkampungan Umm Safa, barat laut Ramallah, awal pagi semalam. Ketua Majlis Perkampungan Umm Safa, Marwan Al-Sabah memberitahu agensi berita Wafa mengenai kehadiran peneroka haram Yahudi yang secara senyap memasuki kawasan Jabal Al-Ras di timur kampung berkenaan, sebelum meratakan tanah yang dimiliki penduduk Palestin. Menurutnya, tanah tersebut amat penting kerana menjadi laluan utama yang menghubungkan Umm Safa dengan kampung-kampung berhampiran seperti Deir Al-Sudan, Ajul dan Aroura. Kemusnahan tanah ini dikhuatiri akan menyebabkan Umm Safa terputus hubungan dengan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya