Penerbangan Air India patah balik ke AS gara-gara tandas tersumbat - Utusan Malaysia

Penerbangan Air India patah balik ke AS gara-gara tandas tersumbat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHICAGO: Penerbangan Air India dari Chicago, Amerika Syarikat (AS) ke New Delhi bertukar menjadi perjalanan 10 jam yang sia-sia selepas lapan daripada 12 tandas pesawat tersumbat akibat perbuatan tidak bertanggungjawab penumpang.

Kejadian yang berlaku pada Rabu itu memaksa pesawat kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare di Chicago selepas sempat terbang sehingga ke Greenland.

Menurut laporan New York Post, Air India mendedahkan beg plastik, kain lap dan pakaian telah dibuang ke dalam tandas menyebabkan sistem saliran tersumbat.

“Kami pernah mengalami insiden serupa sebelum ini di mana selimut, pakaian dalam dan juga lampin bayi ditemui dalam sistem saliran tandas pesawat,” kata pihak syarikat penerbangan itu.

Disebabkan kekurangan lapangan terbang yang mampu mengendalikan pendaratan kecemasan pada waktu malam di Eropah, satu-satunya pilihan adalah kembali ke Chicago.

Menurut data pemantau penerbangan dari FlightAware, masalah ini timbul kira-kira lima jam selepas berlepas dalam perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 14 jam.

Penumpang terpaksa menahan buang air selama berjam-jam sebelum pesawat mendarat semula.

Setibanya di Chicago, semua penumpang dan anak kapal turun seperti biasa dan penginapan disediakan untuk mereka bagi mengurangkan ketidakselesaan, menurut kenyataan rasmi Air India.

Pada masa sama, syarikat penerbangan itu mengatur penerbangan alternatif untuk membawa penumpang ke destinasi mereka. Sebagai pampasan, Air India juga menawarkan bayaran balik kepada penumpang.

Bagaimanapun, beberapa penumpang mengadu tentang proses yang rumit untuk menjadualkan semula penerbangan atau mendapatkan bayaran balik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya