Pendakwa raya mohon Datuk Bandar Istanbul dipenjara sehingga perbicaraan - Utusan Malaysia

Pendakwa raya mohon Datuk Bandar Istanbul dipenjara sehingga perbicaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Pendakwa raya Turkiye memohon kepada mahkamah supaya Datuk Bandar Istanbul, Ekrem Imamoglu, serta empat pembantunya dipenjarakan sementara menunggu perbicaraan.

Menurut pejabat Imamoglu, mereka menghadapi tuduhan keganasan dan rasuah, ketika ratusan ribu rakyat di seluruh negara mengadakan protes terhadap apa yang mereka sifatkan sebagai penahanan tidak demokratik.

Imamoglu, tokoh utama pembangkang dan dianggap sebagai pencabar berpotensi kepada Presiden Recep Tayyip Erdogan, ditahan pada Rabu lalu bagi beberapa pertuduhan termasuk penyelewengan serta membantu kumpulan pengganas.

Beliau menafikan semua tuduhan itu dan menyifatkannya sebagai ‘fitnah serta dakwaan yang tidak masuk akal’.

Sekiranya Imamoglu ditahan atas tuduhan berkaitan keganasan, undang-undang Turkiye membenarkan kerajaan melantik seorang pemangku untuk mentadbir majlis perbandaran itu.

Sementara itu, Turkiye siap sedia untuk protes hari keempat berturut-turut, yang disertai semakin ramai penyokong sejak Imamoglu tiba di mahkamah bagi menghadapi tuduhan.

Demonstrasi, yang bermula di Istanbul pada Rabu lalu merebak ke lebih 55 daripada 81 wilayah di Turkiye membabitkan sekitar 300,000 peserta, mencetuskan pertempuran ganas dengan polis antirusuhan dalam protes jalanan terburuk negara itu dalam lebih sedekad.

Penahanan Imamoglu berlaku hanya beberapa hari sebelum beliau secara rasmi dinamakan sebagai calon pembangkang utama Parti Republik Rakyat (CHP) dalam pemilihan Presiden Turkiye 2028, menyaingi penyandang, Erdogan.

Polis menahan 343 orang sejak permulaan protes, kata Kementerian dalam Negeri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya