Pelancaran roket ditangguhkan, dua angkasawan NASA belum boleh pulang ke bumi - Utusan Malaysia

Pelancaran roket ditangguhkan, dua angkasawan NASA belum boleh pulang ke bumi

ANGKASAWAN NASA, Butch Wilmore dan Suni Williams sebelum berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 5 Jun 2024.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Dua angkasawan yang terkandas di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sejak lebih daripada sembilan bulan lalu mungkin perlu menunggu lebih lama untuk pulang ke bumi selepas pelancaran kapal angkasa pengganti, ditangguhkan.

Roket Falcon 9 yang membawa kapal angkasa Crew-10 SpaceX-Nasa sepatutnya dilancarkan dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida, pada 7.48 malam Rabu.

Namun, kira-kira 45 minit lagi sebelum pelancaran, ia dibatalkan kerana masalah teknikal.

“Masalah berpunca dari sistem hidraulik di bahagian darat,” kata jurucakap pelancaran Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) Derrol Nail, sambil memberitahu roket dan kapal angkasa berada dalam keadaan baik.

Menurut maklumat dari Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, peluang pelancaran seterusnya dijadualkan hari ini dengan tarikh alternatif pada Jumaat.

Angkasawan NASA, Butch Wilmore dan Suni Williams, terkandas di ISS sejak Jun tahun lalu selepas kapal angkasa Starliner milik Boeing dinaiki mereka menghadapi masalah pendorong dan dianggap tidak layak untuk membawa mereka pulang.

Starliner itu kembali ke bumi tanpa membawa penumpang.

Wilmore dan Williams sepatutnya menjalani misi di ISS hanya selama lapan hari, tetapi mereka ditugaskan semula ke Crew-9 selepas anggota Crew-9 tiba pada September lalu menggunakan SpaceX Dragon.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya