Pelajar 'gergasi' jadi sensasi dalam acara berprestij UK - Utusan Malaysia

Pelajar ‘gergasi’ jadi sensasi dalam acara berprestij UK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang pelajar universiti setinggi 7 kaki 2 inci atau 2.2 meter mencuri perhatian dalam pelbagai acara berprestij di seluruh United Kingdom (UK), hingga menjadi tular dalam media sosial.

James McAlpine, berasal dari Scotland dan kini menuntut di Universiti Oxford Brookes, menjadi tarikan utama dalam kalangan pengunjung apabila penampilannya yang tinggi lampai mencetuskan sensasi menerusi platform media sosial seperti TikTok.

Semalam, peminat sukan berkuda itu dilihat menari secara spontan di jalanan ketika menghadiri Hari Pertama Festival Cheltenham, acara lumba kuda terkemuka yang turut dihadiri golongan kenamaan seperti anak saudara Raja Charles III, Zara Tindall, pereka fesyen Jade Holland Cooper, dan bintang televisyen Georgia Toffolo.

Aksi James yang ceria menghiburkan hadirin apabila ramai penonton bersorak dan menyertainya menari di tengah-tengah suasana meriah tersebut.

Meskipun jarang memuat naik kandungan sendiri di media sosial, figura gergasi itu kerap muncul dalam pelbagai video TikTok yang memaparkan kehadirannya di acara sosial elit di seluruh negara dan pada tahun berikutnya, popularitinya terus melonjak apabila sekali lagi menjadi subjek utama di media sosial.

Dalam satu temubual, James mendedahkan kedua-dua ibu bapanya juga mempunyai ketinggian melebihi 6 kaki 5 inci.

James, yang aktif dalam aktiviti menembak di universiti, turut mengakui mempunyai kelebihan fizikal untuk sukan berkuda, polo, dan mendayung, walaupun akhirnya meninggalkan sukan mendayung kerana tuntutan latihan yang terlalu tinggi.

“Kehidupan sebagai bintang media sosial ini gila, saya rasa seperti selebriti A-list atau keluarga diraja. Tapi saya suka, memang seronok!” katanya dalam satu temubual.

Fenomena James McAlpine menyebabkan ramai netizen berkongsi pengalaman mereka bertemu dengannya secara langsung.

“Saya jumpa dia di Royal Highland Show! Bila saya toleh ke belakang, hampir terjatuh sebab terkejut tengok ketinggiannya,” kata seorang pengguna media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya