GAZA: Serangan udara Israel di bandar selatan Khan Younis di Gaza membunuh pemimpin politik Hamas, Salah al-Bardaweel, lapor pegawai kumpulan pejuang itu. Penduduk tempatan berkata, serangan udara itu membunuh Salah dan isterinya. Pihak berkuasa Israel belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai serangan itu. Tentera Israel menyambung semula serangan besar-besaran ke atas Gaza pada Selasa atas alasan Hamas melanggar gencatan senjata sejak 19 Januari lalu, sekali gus menamatkan hampir dua bulan ketenangan di wilayah itu. Hamas menolak tuduhan itu dan mendakwa Israel yang sebaliknya melanggar perjanjian gencatan senjata ditandatangani mereka dengan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya