PBB kurangkan bantuan pelarian Rohingya di Bangladesh - Utusan Malaysia

PBB kurangkan bantuan pelarian Rohingya di Bangladesh

PELARIAN Rohingya melakukan aktiviti harian di kem pelarian Jamtoli di Ukhia, Bangladesh. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COX’SBAZAR: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengurangkan bantuan makanan kepada kira-kira sejuta pelarian Rohingya di Bangladesh mulai bulan depan disebabkan kekurangan dana.

Program Makanan Dunia (WFP) menerusi surat pada Rabu menyatakan bahawa kekurangan dana yang teruk memaksa pengurangan nilai baucar makanan bulanan dari AS$12.50 (RM55.80) kepada AS$6 (RM26.50) seorang.

Pegawai tertinggi Bangladesh yang mengawasi kem pelarian Rohingya, Mohammed Mizanur Rahman mengesahkan pengurangan tersebut.

“Bantuan yang diterima sekarang pun sudah tidak mencukupi, jadi sukar untuk membayangkan kesan pengurangan ini,” katanya kepada Reuters.

Kira-kira sejuta pelarian Rohingya yang merupakan golongan minoriti Muslim yang ditindas melarikan diri dari pembunuhan beramai-ramai di Myanmar pada 2016 dan 2017.

Mereka kini berlindung di kem-kem yang padat di daerah Cox’s Bazar dengan akses yang terhad kepada pekerjaan dan pendidikan.

Pengurangan bantuan sebelum ini telah menyebabkan kesulitan besar kepada pelarian Rohingya, yang bergantung sepenuhnya kepada bantuan kemanusiaan dan menghadapi masalah kekurangan zat makanan yang teruk.

Pada masa sama, kebanyakan pelarian masih menunggu pemulangan semula ke Myanmar atau penyelesaian di tempat lain yang tidak pasti.

Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian, Filippo Grandi turut memberi amaran bahawa pengurangan sokongan daripada penderma akan memburukkan lagi keadaan.

“Jika sokongan penderma berkurang dengan drastik, usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan Bangladesh, agensi bantuan, dan pelarian akan terjejas, menambah risiko kelaparan, penyakit, dan ketidakamanan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya