Parlimen Belanda lulus RUU larang kanak-kanak bawah 15 tahun guna media sosial - Utusan Malaysia

Parlimen Belanda lulus RUU larang kanak-kanak bawah 15 tahun guna media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Dewan Perwakilan Belanda meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) yang menetapkan had umur minimum 15 tahun bagi penggunaan media sosial.

lapor Spunik/RIA Novosti yang memetik media tempatan, RUU itu dicadangkan oleh parti Democrats 66 dan membabitkan sekatan terhadap platform seperti Instagram, TikTok dan Snapchat, susulan media sosial berkenaan dilaporkan menggunakan algoritma yang mendorong pengguna menghabiskan lebih banyak masa di platform itu.

Bagaimanapun, masih belum diketahui sama ada kerajaan Belanda akan melaksanakan larangan terbabit, menurut laporan akhbar Algemeen Dagblad pada Selasa.

Menteri Belia, Pencegahan dan Sukan, Vincent Karremans mengumumkan bahawa beliau akan mengeluarkan garis panduan berkaitan had umur bagi penggunaan telefon pintar dan aplikasi tertentu menjelang musim panas ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya