Pakistan selamatkan 300 tebusan kereta api

Pakistan selamatkan 300 tebusan kereta api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Tentera Pakistan menyelamatkan lebih 300 tebusan daripada kereta api penumpang yang dirampas kumpulan pemisah Baloch Liberation Army (BLA) di wilayah Balochistan, kelmarin.

Jurucakap tentera negara ini memaklumkan, seramai 33 anggota kumpulan pemisah itu terbunuh dalam operasi tersebut, selain 21 tebusan dan empat anggota keselamatan turut terkorban.

Biarpun keadaan sudah reda, pasukan tentera masih melakukan pemeriksaan dan pemantauan di lokasi kejadian bagi memastikan keadaan selamat.

Terdapat 440 penumpang berada di dalam kereta api itu ketika kejadian tersebut berlaku.

Pihak berkuasa memaklumkan, ada tebusan yang dibawa lari oleh kumpulan pemisah berkenaan ke kawasan pergunungan, namun tidak dapat dipastikan berapa jumlahnya.

BLA, yang diisytiharkan sebagai kumpulan pengganas oleh kerajaan Pakistan serta beberapa negara Barat termasuk United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) merupakan antara kumpulan pemberontak yang menuntut autonomi atau kemerdekaan untuk Balochistan, wilayah terbesar di Pakistan.

Media tempatan melaporkan, kumpulan pemisah tu mengugut akan membunuh tebusan jika pihak berkuasa Pakistan tidak membebaskan tahanan politik Baloch dalam tempoh 48 jam.

Menurut seorang tebusan yang diselamatkan, Ishaq Noor, mereka amat takut ketika tembakan dilepaskan bertalu-talu.

“Kami hanya berdoa semuanya berakhir segera kerana kejadian itu amat menakutkan,” katanya.

Pihak berkuasa sebelum ini berdepan kesukaran untuk berkomunikasi dengan penumpang yang dijadikan tebusan kerana lokasi kejadian terletak di Kawasan terpencil dan tidak mempunyai isyarat telefon serta internet.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya