Pakar UK gesa kuat kuasa larangan pukul anak

Pakar UK gesa kuat kuasa larangan pukul anak

uk
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pakar kanak-kanak terkemuka di United Kingdom (UK) menggesa kerajaan melaksanakan larangan keras terhadap golongan ibu bapa dan penjaga daripada memukul atau merotan anak mereka.

Ini berikutan kajian terbaharu yang menunjukkan tindakan itu berisiko memudaratkan perkembangan fizikal kanak-kanak dengan sangat ketara.

Kolej Pediatrik dan Kesihatan Kanak-Kanak Diraja (RCPCH) berkata, mereka yang menentang larangan keras harus melihat bukti saintifik yang menunjukkan pukulan menyebabkan kerosakan fizikal serta emosi dan tidak memberi manfaat dalam apa cara sekalipun.

Perundangan semasa mengenainya masih kabur, dengan Akta Kanak-Kanak 2004 mengisytiharkan memukul anak adalah tindakan yang menyalahi undang-undang kecuali jika ia adalah hukuman munasabah yang dinilai berdasarkan setiap kes.

RCPCH menyeru ahli Parlimen untuk menyokong pindaan kepada Rang Undang-undang Kesejahteraan Kanak-kanak dan Sekolah yang akan menghapuskan pembelaan terhadap hukuman munasabah daripada undang-undang di England.

“Pembelaan ini telah wujud sejak 1860 tetapi dalam undang-undang baru-baru ini, ia telah diperkenalkan dalam Akta Kanak-kanak 2004. Kini tiba masanya hukuman era Victoria ini dimansuhkan dan pindaan akan merealisasikannya jika diluluskan.

“Bukti saintifik terbaik yang saya ada ialah hukuman fizikal terhadap kanak-kanak tanpa ragu-ragu membahayakan kesihatan kanak-kanak secara populasi.

“Tidak ada kajian saintifik kukuh yang menunjukkan bahawa hukuman fizikal terhadap kanak-kanak mempunyai kesan positif,” kata Pakar Pediatrik dan Pegawai Perlindungan Kanak-Kanak RCPCH, Profesor Andrew Rowland.

Tambah Rowland, kira-kira 67 negara di seluruh dunia telah menerima pakai larangan memukul kanak-kanak, dengan 20 lagi komited untuk berbuat demikian.

Gesaan untuk memperkenalkan larangan itu semakin meningkat selepas kematian Sara Sharif, seorang kanak-kanak berusia 10 tahun.

Sara dibunuh kejam pada Ogos 2023 selepas dipukul dan didera selama dua tahun oleh bapa dan ibu tirinya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya