Nelayan terkejut ikan lumba-lumba ‘jatuh dari langit’ - Utusan Malaysia

Nelayan terkejut ikan lumba-lumba ‘jatuh dari langit’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AUCKLAND: Tiga lelaki di New Zealand mengalami detik cemas apabila seekor ikan lumba-lumba seberat lebih 400 kilogram secara tiba-tiba melompat masuk ke dalam bot kecil mereka ketika memancing, lapor agensi berita AP.

Dalam kejadian luar biasa yang berlaku Jumaat lalu di perairan berhampiran Hole in the Rock, utara Pulau Utara, pemilik bot, Dean Harrison berkata, insiden itu bermula ketika mereka asyik memancing sambil melihat sekumpulan ikan lumba-lumba bermain di permukaan air.

“Tiba-tiba, kami nampak bayang besar melintasi cahaya matahari dan terdengar dentuman kuat kemudian suasana bertukar menjadi huru-hara sebelum seekor ikan lumba-lumba tiba-tiba melompat ke dalam bot kami, menghempas dan merosakkan segala-galanya,” katanya.

Harrison memaklumkan, ikan lumba-lumba sepanjang 3.4 meter itu menghayun badan dengan kuat sehingga mematahkan semua joran di atas bot mereka selain merosakkan bahagian hadapan bot sepanjang hampir lima meter itu.

Disebabkan saiznya yang besar, mereka tidak mampu mengangkat ikan lumba-lumba tersebut untuk dilepaskan kembali ke laut.

Ketiga-tiga lelaki itu segera menghubungi agensi pemuliharaan New Zealand yang kemudian mengarahkan mereka ke jeti terdekat yang terletak kira-kira sejam perjalanan.

Sepanjang perjalanan, mereka memastikan haiwan tersebut kekal basah dengan menggunakan hos dan melindunginya daripada panas matahari menggunakan tuala lembap yang memaparkan gambar pemain pasukan ragbi terkenal New Zealand, All Blacks.

Sebaik tiba di darat, anggota suku kaum Māori tempatan melakukan ritual mereka sebelum ikan lumba-lumba itu dipindahkan ke laut menggunakan sebuah traktor.

Ikan lumba-lumba jantan berusia dua hingga tiga tahun itu diberi nama Tohu, yang bermaksud “tanda” dalam bahasa Māori.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya