Model hilang ingatan selepas mengelak langgar burung merpati

Model hilang ingatan selepas mengelak langgar burung merpati

MERCEDES Valentine alami hilang ingatan selepas kemalangan itu. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang model nyaris maut dan mengalami hilang ingatan selama sebulan selepas motosikal ditungganginya hampir terlanggar seekor burung merpati.

Akibat kejadian itu, Mercedes Valentine, 25, mengalami kecederaan parah dengan patah tulang rusuk, hidung, bahu, pelvis dan luka di soket mata.

“Saya memang minat motosikal sejak kecil dan kejadian itu benar-benar beri kesan kepada saya.

“Apabila buka mata, kadang-kadang saya tidak mengenali diri sendiri. Otak saya seperti bukan milik saya kerana tidak dapat mengingati banyak perkara,” katanya.

Sebelum kemalangan pada musim panas 2024 itu, Mercedes berada di kemuncak kerjayanya namun, segalanya berubah secara drastik selepas kejadian itu.

Sebelum kemalangan, Mercedes mahu meraikan hari jadi ke-60 dan persaraan ibu bapanya dengan memilih untuk menunggang motosikal pulang ke rumah, sementara keluarganya mengikutinya dengan kereta.

Ketika melalui kawasan perumahan, seekor burung merpati yang berada di tiang lampu tiba-tiba terbang ke arahnya.

“Saya cuba mengelak sebelum motosikal terbabas dan melanggar sebuah kereta Volvo yang diparkir hingga terpelanting sejauh 80 meter dari tempat kejadian,” katanya.

Wanita dari Brighton itu bernasib baik apabila keluarganya merupakan petugas perubatan profesional yang berada di belakangnya dan memberikan bantuan segera.

Di hospital, imbasan MRI mendedahkan Mercedes kehilangan lebih tiga liter darah, jumlah yang biasanya membawa maut.

Selepas sebulan di hospital, Mercedes dibenarkan pulang namun, dia sering lupa hari dan tarikh, dan kini sangat bergantung pada pasangannya untuk menguruskan kehidupan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya