Mikroplastik ancam stok, keselamatan makanan global

Mikroplastik ancam stok, keselamatan makanan global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pencemaran mikroplastik merosakkan keupayaan tumbuhan melakukan fotosintesis sekali gus mengurangkan pengeluaran makanan utama seperti gandum, beras, dan jagung sebanyak empat hingga 14 peratus di seluruh dunia.

Menurut saintis, keadaan ini boleh memburuk kerana lebih banyak mikroplastik dilepaskan ke alam sekitar melalui darat dan lautan.

Kajian baharu yang diterbitkan dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences, menggabungkan lebih daripada 3,000 pemerhatian tentang kesan mikroplastik terhadap tumbuhan daripada 157 kajian.

Pada 2022, kira-kira 700 juta orang mengalami kebuluran dan kajian menganggarkan pencemaran mikroplastik boleh menambah 400 juta lagi yang berisiko kebuluran dalam 20 tahun akan datang sekali gus mengancam keselamatan makanan global.

Mikroplastik terhasil daripada penguraian sisa plastik dan mencemari seluruh dunia, dari puncak Gunung Everest hingga ke lautan terdalam. Partikel ini merosakkan tanah, menghalang cahaya matahari, dan membawa bahan kimia toksik yang mengganggu pertumbuhan tumbuhan.

Ketua Penyelidik dari Universiti Nanjing, China, Profesor Huan Zhong berkata, manusia berusaha meningkatkan pengeluaran makanan untuk memberi makan kepada populasi yang semakin meningkat, tetapi usaha itu terancam oleh pencemaran plastik.

“Penemuan ini menekankan kepentingan mendesak untuk mengurangkan pencemaran bagi melindungi bekalan makanan global dalam menghadapi krisis plastik yang semakin meningkat,” katanya.

Profesor Denis Murphy dari Universiti South Wales pula berkata, analisis ini berharga dan tepat pada masanya dalam mengingatkan kita tentang potensi bahaya pencemaran mikroplastik serta kepentingan menangani isu ini.

Kesan mikroplastik terhadap kesihatan manusia sudah ditemui dalam darah, otak, susu ibu, dan plasenta. Kajian ini menekankan kepentingan mengurangkan pencemaran plastik untuk melindungi bekalan makanan dan kesihatan planet.

Asia paling terjejas dengan kehilangan tanaman utama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya