Mekah terima taburan hujan tertinggi di antara 10 wilayah di Arab Saudi - Utusan Malaysia

Mekah terima taburan hujan tertinggi di antara 10 wilayah di Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Sarar yang terletak di wilayah pentadbiran Taif, Mekah, mencatatkan purata hujan tertinggi sebanyak 64 milimeter (mm), antara 10 wilayah yang dilanda hujan pada Jumaat.

Kementerian Alam Sekitar, Air dan Pertanian menerusi laporan mengenai taburan hujan di seluruh wilayah Kerajaan Arab Saudi menunjukkan 129 stesen pemantauan hidrologi dan iklim mencatatkan hujan dalam tempoh 24 jam terakhir di wilayah Riyadh, Makkah, Qassim, Wilayah Timur, Asir, Hail, Jazan, Najran, Al-Baha, dan Al-Jouf.

Menurut laporan tersebut, kawasan lain di wilayah Mekah yang menerima hujan lebat termasuk Taman Al-Hada di Taif (42.8 mm), Madrakah di Al-Jamum (40.4 mm), Al-Shafa di Taif (27.3 mm), Lapangan Terbang King Abdulaziz di Jeddah (24 mm), Al-Sudairah di Taif (23mm), Al-Marqaban di Adham, dan Bani Saad di Maysan (20.4mm).

Laporan itu juga menunjukkan bahawa wilayah Asir mencatatkan hujan sebanyak 29.4mm di Tamniyah, Abha, 27.2 mm di Al-Sha’af, Abha, 19.56 mm di Bisha, 19 mm di Mehr, Bisha, 18.1 mm di Bani Amr, Al-Namas, dan 18 mm di Al-Usran, Sarat Ubaid.

Di wilayah Jazan, Al-Dair mencatatkan 23.7 mm, Al-Jabal Al-Aswad di Al-Rayth (4.9mm), Baysh (4.8mm), dan Empangan Baysh di Baysh (2.79 mm).

Di wilayah Al-Baha, stesen pemantauan mencatatkan 11.8 mm di bandar Al-Baha, 3.5 mm di Barharah, Al-Mandaq, 2.1 mm di Bani Hassan, Al-Mandaq, dan 2 mm di Qalwa manakala wilayah timur mencatatkan 6 mm di stesen kereta api Umm Al Shafallah, Al-Qarya Al-Ulya, 4.4 mm di Al Rafia, Al-Qarya Al-Ulya, dan 2.6 mm di Al Shihiyah, Al-Qarya Al-Ulya.

Di Riyadh, hujan sebanyak 4 mm dicatatkan di ladang Kharoub, Shaqra, 3.6 mm di Diriyah, 2.9 mm di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh, dan 2.6 mm di Lapangan Terbang Al-Thumama, Riyadh.

Laporan itu juga menunjukkan bahawa stesen Habona di wilayah Najran mencatatkan 4.2 mm, Al-Namsa di Badr Al-Janub (3.6 mm), Badr Al-Janub (2.7 mm), dan Hama Bathar (1.4 mm). Di Hail, Al-Shanan mencatatkan 3.0 mm, manakala Al-Hamad di Al-Qurayyat, Al-Jouf, mencatatkan 1.4 mm, dan Fawara di Buraidah, Al-Qassim, mencatatkan 2.4 mm.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya