Mayat 9 pelajar dikerat ditemukan tepi jalan

Mayat 9 pelajar dikerat ditemukan tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TLAXCALA: Pihak berkuasa Mexico menemukan mayat sembilan pelajar yang dilaporkan hilang ketika bercuti di Mexico dalam keadaan mengerikan dengan badan mereka dikerat kepada beberapa bahagian dan ditinggalkan di tepi jalan bersama sebuah ‘beg berisi tangan’.

Menurut laporan New York Post, kumpulan pelajar dari bandar Tlaxcala itu dilaporkan hilang pada 27 Februari lalu, ketika dalam perjalanan ke pantai di Oaxaca bagi meraikan majlis graduasi.

Namun, pada Ahad lalu, pihak berkuasa mene­mukan mayat mereka di dalam sebuah trak yang ditinggalkan di San Jose Miahuatlan, berdekatan sempadan negeri Puebla dan Oaxaca.

Menurut laporan, empat daripada mayat itu ditemukan dalam trak berkenaan, manakala lima lagi diletakkan di bawah kanvas.

Turut ditemukan di lokasi kejadian adalah sebuah beg berisi lapan pasang tangan, selain dua lagi tangan dibiarkan dalam trak tersebut.

Pihak berkuasa memaklumkan kesemua mangsa, terdiri daripada empat wanita dan lima lelaki berusia antara 19 hingga 30 tahun, mengalami kesan tembakan serta tanda-tanda diseksa.

Antara mangsa yang sudah dikenal pasti ialah Angie Lizeth, 29; Brenda Mariel, 19; Jacqueline Ailet, 23; Noemi Yamileth, 28; Lesly Noya Trejo, 21; Raul Emmanuel, 28; Ruben Antonio dan Rolando Armando. Identiti mangsa kesembilan masih belum disahkan.

Rakaman video terakhir menunjukkan mereka kali terakhir masih hidup ketika kenderaan yang dinaiki bergerak di lebuh raya Atlixcayotl, kira-kira 145 kilometer dari lokasi mayat mereka ditemui.

Setakat ini, pihak polis melancarkan siasatan bagi mengenal pasti dalang kejadian, namun tiada suspek dinamakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya