Mark Carney angkat sumpah PM Kanada ke-24 - Utusan Malaysia

Mark Carney angkat sumpah PM Kanada ke-24

MARK CARNEY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAMILTON: Ketua Parti Liberal yang baru dipilih, Mark Carney mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kanada ke-24 semalam dalam satu upacara rasmi di Rideau Hall, Ottawa, lapor Anadolu Ajansi (AA) .

“Kami adalah kerajaan yang sangat fokus, berorientasikan tindakan,” kata Carney kepada pemberita di luar Rideau Hall sebelum upacara angkat sumpah.

Menerusi platform X, beliau juga menyatakan Kanada membentuk kerajaan yang sesuai dengan keadaan semasa. Rakyat Kanada mengharapkan tindakan – dan itulah yang akan pasukan ini sampaikan.

“Kabinet yang lebih kecil dan berpengalaman untuk bergerak lebih pantas, menjamin ekonomi kita, dan melindungi masa depan Kanada,” katanya.

Perdana Menteri sebelum ini, Justin Trudeau, secara rasmi meletak jawatan pada Jumaat, membubarkan Kabinetnya yang terdiri daripada 37 anggota.

Carney adalah bekas Gabenor Bank of Canada dan Bank of England. Beliau juga pernah bekerja di Goldman Sachs dan memainkan peranan penting dalam mengemudi Kanada melalui krisis kewangan 2008.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya