Makan piza buat rakyat Britain rasa murung

Makan piza buat rakyat Britain rasa murung

MAKANAN tinggi lemak, karbohidrat halus dan garam boleh menyebabkan keletihan serta kembung perut selepas makan.- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Walaupun piza sering dianggap sebagai hidangan kegemaran ramai, satu tinjauan mendapati ia sebenarnya makanan yang paling membuat rakyat Britain berasa tidak gembira selepas menikmatinya.

Tinjauan itu mendedahkan bahawa 46 peratus rakyat Britain mengatakan makanan Itali itu membuat mereka berasa ‘kurang baik’.

Malah, kebanyakan hidangan selesa seperti burger, kentang goreng, puding Yorkshire, dan ayam goreng turut dikaitkan dengan perasaan sedih.

Hidangan kebangsaan mereka sendiri, fish and chips, juga tersenarai, dengan 42 peratus mengatakan bahawa makanan klasik tepi pantai itu membuat mereka berasa murung.

Pakar makanan yang terlibat dalam kajian, Lily Soutter berkata, makanan tersebut selalunya bersaiz besar dan tinggi lemak, karbohidrat halus dan garam, yang boleh menyebabkan keletihan serta kembung perut selepas makan.

“Makanan itu juga kekurangan nutrien dan serat yang baik untuk otak, seperti terdapat dalam makanan semula jadi,” katanya.

Soutter berkata, makanan demikian popular kerana ia mengaktifkan pusat ganjaran awal di dalam otak, tetapi kesannya hanya sementara, menyebabkan penurunan emosi selepas hidangan itu dihabiskan.

Tiga perempat daripada orang ramai bersetuju makanan berminyak biasanya memberi mereka rangsangan emosi, tetapi sebaik sahaja selesai menikmati hidangan, perasaan tidak selesa mula timbul.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya