'Mahu kejut orang sahur atau cari gaduh?' - Utusan Malaysia

‘Mahu kejut orang sahur atau cari gaduh?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TRENGGALEK: Polis Daerah Trenggalek, Jawa Timur melarang pelaksanaan ronda sahur menggunakan sistem bunyi berlebihan atau dikenali sebagai ‘sound horeg’ sepanjang Ramadan.

Ketua Polis Trenggalek, Indra Ranu Dikarta, menegaskan larangan ini bertujuan menjaga keharmonian antara masyarakat berbilang agama di daerah tersebut.

“Bukan hanya warga Muslim, di masyarakat ada juga yang bukan Muslim yang perlu kita hormati. Mari saling bertoleransi,” katanya di pejabatnya semalam.

Menurut Indra, penggunaan sistem bunyi keterlauan ketika ronda sahur boleh mencetuskan kekecohan dan mengganggu ketenangan masyarakat, khususnya bagi mereka yang sakit, warga emas, bayi, dan kanak-kanak kecil.

“Kita perlu fikirkan bagaimana keadaan orang yang sakit atau warga emas. Beberapa tahun lalu, pernah berlaku ketegangan antara kumpulan ronda sahur akibat penggunaan sistem bunyi terlalu kuat malah ada yang menggunakan mercun sehingga mengancam keselamatan awam.

“Kita mahu kejut orang sahur atau cari gaduh?,” katanya.

Selain melarang ‘sound horeg’, beliau turut mengingatkan masyarakat agar tidak menerbangkan belon udara kerana ia boleh menyebabkan kebakaran dan merosakkan infrastruktur elektrik, termasuk membahayakan laluan penerbangan.

“Tindakan menerbangkan belon udara sangat berbahaya dan berpotensi menyebabkan kemalangan besar,” tegasnya.

Beliau juga memberi amaran keras terhadap perlakuan tidak bermoral seperti konvoi, perlumbaan haram, dan penggunaan ekzos bising disamping turut menggesa masyarakat supaya memanfaatkan bulan Ramadan dengan meningkatkan amalan ibadah dan menjaga keharmonian sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya