Lima maut, hampir 30 cedera dihempap kren runtuh di Bangkok - Utusan Malaysia

Lima maut, hampir 30 cedera dihempap kren runtuh di Bangkok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seramai lima orang disahkan maut manakala sekurang-kurangnya 27 lagi cedera selepas kren pembinaan bagi projek lebuh raya runtuh di daerah Chom Thong, Bangkok awal pagi ini.

Pasukan bomba dan penyelamat bersama anggota Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Pentadbiran Metropolitan Bangkok serta Yayasan Poh Teck Tung segera dikerahkan ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan mangsa, termasuk beberapa orang yang terperangkap di atas kren.

Menurut pihak berkuasa Thailand, insiden berlaku berhampiran pintu masuk Lebuhraya Ekspres Dao Khanong, menyebabkan rasuk konkrit yang sedang dalam pembinaan jatuh dan menghempap sebahagian struktur lebuh raya serta beberapa pekerja.

“Sekurang-kurangnya lima lelaki maut dalam kejadian yang berlaku sekitar 1.40 pagi (waktu tempatan).

Runtuhan itu berlaku kira-kira 200 meter dari pintu masuk lebuh raya apabila rasuk konkrit jatuh ke atas struktur lebuh raya sedia ada,” menurut pihak berkuasa pada Sabtu.

Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian, sementara Pihak Berkuasa Lebuhraya Ekspres Thailand (EXAT) melakukan penilaian terhadap tahap kerosakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya