AMSTERDAM: Lima orang cedera dalam serangan pisau di pusat Amsterdam pada Khamis, lapor agensi berita Jerman (dpa), memetik pihak polis.
Susulan kejadian itu, seorang suspek sudah ditahan.
Pihak berkuasa Belanda setakat ini belum mendedahkan tahap kecederaan mangsa atau kemungkinan motif di sebalik serangan pisau itu.
Selepas kejadian itu berlaku, perkhidmatan kecemasan bertindak pantas, dengan sebuah helikopter penyelamat mendarat di Dataran Dam, dataran utama di hadapan istana diraja.
Buat masa ini, kawasan kejadian ditutup bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.
Polis melaporkan bahawa serangan itu berlaku di jalan berdekatan