Lelaki 'patah hati' bawa pistol kejar bekas kekasih - Utusan Malaysia

Lelaki ‘patah hati’ bawa pistol kejar bekas kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDUNG BARAT: Gara-gara teringat kisah silam dengan bekas kekasih, seorang lelaki, Hartono Soekwanto ditahan polis di Ibu Pejabat Polis Cimahi selepas cuba menggertak wanita tersebut dengan senjata api.

Menerusi aksi ‘koboi jalanan’ itu, lelaki berusia 53 tahun tersebut menahan sebuah kereta yang membawa tiga penumpang termasuk bekas kekasihnya dan mengeluarkan senjata api.

Kejadian ini tercetus akibat masalah percintaan, menyaksikan Hartono cuba mendekati bekas kekasihnya yang mengakhiri hubungan mereka dua bulan lalu.

Ketika disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Cimahi pada Selasa lalu, Hartono mengakui berasa emosi melihat bekas kekasihnya dan kenangan lama muncul semula.

“Ketika itu saya nampak keretanya, kemudian saya berhentikannya kerana emosi. Apabila melihatnya (bekas kekasih) kenangan lama muncul semula. Ya, masalahnya adalah persahabatan (hubungan tanpa status),” katanya.

Walaupun hubungan mereka telah berakhir, Hartono yang belum dapat menerima keputusan itu, cuba mengejar wanita tersebut untuk menyelesaikan masalah percintaan mereka.

Namun, bekas kekasihnya enggan membuka pintu kereta, sehingga Hartono mengambil tindakan nekad mengeluarkan senjata api.

“Saya sudah memiliki senjata api selama enam tahun. Ketika itu, niat saya adalah untuk menakut-nakutkannya selain langkah berjaga-jaga sekiranya sesuatu berlaku kepada bekas kekasih,” jelas Hartono.

Akibat tindakannya, Hartono didakwa mengikut Artikel 1 Ayat (1) Undang-Undang Darurat Republik Indonesia Nombor 12 Tahun 1951 dan/atau Artikel 335 Ayat (1) yang boleh dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun.

Dalam pernyataannya, Hartono memohon maaf kepada rakyat Indonesia. “Saya memohon maaf kepada rakyat Indonesia atas tindakan saya. Saya menyesal, dan saya bersedia mengikuti proses undang-undang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya