Lelaki pasang muzik kuat, bunyi anjing menyalak paksa jiran jual rumah - Utusan Malaysia

Lelaki pasang muzik kuat, bunyi anjing menyalak paksa jiran jual rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VOLGOGARD: Seorang lelaki Russia didakwa cuba memaksa jirannya menjual bahagian mereka dalam sebuah apartmen komuniti di Volgograd, Russia dengan memainkan lagu kebangsaan dan lagu patriotik lain dari awal pagi hingga lewat malam.

Beberapa penyewa dan pemilik apartmen itu telah mengadu tentang muzik kuat yang dimainkan berulang kali, namun setakat ini, tiada siapa yang dapat berbuat apa-apa mengenainya.

Segalanya bermula pada 5 Februari, ketika Maxim, pemilik sebuah bilik di apartmen komuniti di bangunan No. 2A di Engels Boulevard, Volgograd, memasang sepasang pembesar suara yang kuat dan mula memainkan lagu kebangsaan Russia, lagu-lagu patriotik dan bunyi anjing menyalak.

Svetlana Kuchmina, 46, yang keluarganya memiliki dua pertiga daripada apartmen komuniti tersebut, memberitahu V1 News bahawa Maxim membeli satu daripada bilik beberapa tahun lalu, tetapi mereka hidup dalam keadaan aman sehingga tahun lepas apabila lelaki itu datang dan memberitahu dia mahukan seluruh tempat itu untuk dirinya dan menuntut mereka menjual bahagian mereka kepadanya.

Kuchmina, yang baru sahaja mengalami strok, menolak permintaan itu dengan menjelaskan dia tiada tempat lain selain apartment tersebut.

Pada awal bulan lepas, Maxim menghubungi wanita itu sekali lagi, menuntut supaya menjual bahagian apartmen itu kepadanya, namun apabila enggan, lelaki itu berjanji akan menjadikan hidupnya sengsara.

Pada mulanya, Maxim memasang sistem bunyinya ke soket elektrik, jadi Svetlana boleh mematikan elektrik ke apartmen apabila mereka mahu tenang namun, jiran mereka mula sedar lelaki itu memasang bateri berkuasa solar dan mengawalnya dari jauh.

Dia mengunci pintu biliknya dan memberi amaran kepada wanita itu dan anaknya bahawa dia akan memanggil polis jika mereka menceroboh hartanya. Jadi sekarang, muzik itu hanya dimainkan secara berterusan dari pukul 7 pagi hingga 10 malam.

Apabila dihubungi oleh media Russia, Maxim mendakwa bahawa muzik kuat itu adalah cara untuk membalas dendam terhadap Svetlana, yang mempunyai anjing di bahagian apartmennya yang menyalak dan menghalangnya daripada memasuki bilik.

“Sukar untuk bernafas di sana, keadaan sangat teruk. Saya tidak boleh tinggal di sana jadi, ini adalah protes saya. Jika mereka mahu, biarlah mereka saman. Mereka hanya mendengar muzik selama beberapa hari, dan saya tidak dapat masuk ke apartmen selama lebih dari tiga tahun,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya