Lelaki panjat Big Ben sambil kibar bendera Palestin ditahan polis - Utusan Malaysia

Lelaki panjat Big Ben sambil kibar bendera Palestin ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang lelaki yang memanjat menara Big Ben sambil membawa bendera Palestin dan turun selepas 16 jam berada di menara itu, ditahan polis hari ini.

Lelaki itu dilaporkan mengibar bendera Palestin dan melaungkan ‘Bebaskan Palestin’, menurut laporan media tempatan.

“Kami bekerjasama dengan agensi lain termasuk Pasukan Bomba London dan mengerahkan pegawai khas bagi menyelesaikan krisis ini secepat mungkin sambil mengurangkan risiko kepada nyawa,” kata jurucakap Polis Metropolitan.

Pasukan kecemasan menggunakan kren untuk berunding dengan lelaki itu dan dia akhirnya bersetuju untuk turun.

Sebelum ini, lelaki berkenaan memberitahu dia hanya akan turun ‘mengikut syaratnya sendiri’, lapor Sky News.

Jurucakap Polis Metropolitan sebelum ini memberitahu, mereka dimaklumkan mengenai tindakan lelaki itu di Menara Elizabeth (Big Ben) pada pukul 7.24 pagi waktu tempatan

Susulan kes itu, perkhidmatan kecemasan menutup Jambatan Westminster pagi semalam dan lawatan ke Parlimen turut dibatalkan.

Bagaimanapun, semua laluan pejalan kaki dibuka semula selepas lelaki itu ditahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya