Lelaki panjat Big Ben London dihadapkan ke mahkamah - Utusan Malaysia

Lelaki panjat Big Ben London dihadapkan ke mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang lelaki yang memanjat sebahagian menara jam Big Ben di Istana Westminster, London, dalam protes pro-Palestine awal pagi Sabtu lalu dibawa ke mahkamah, semalam.

Sambil memegang bendera Palestin, Daniel Day, 29, memanjat bangunan dikenali sebagai Menara Elizabeth setinggi 25 meter dan duduk di situ selama 16 jam sebelum bersetuju turun, menurut peguam dan pendakwa raya di Mahkamah Magistret Westminster, London.

Beliau kemudiannya didakwa oleh polis atas kesalahan memanjat dan kekal di menara tersebut kerana menimbulkan risiko atau menyebabkan bahaya serius kepada orang awam serta memasuki kawasan terlindung tanpa kebenaran.

Pendakwa raya menyatakan bahawa tindakan Day telah menyebabkan gangguan serius di kawasan pusat London itu, dengan jalan ditutup dan bas dialihkan manakala lawatan parlimen dibatalkan dengan kerugian sebanyak 25,000 pound (RM143,168).

Peguam Day berkata, dia akan mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan pertama, dengan alasan tindakannya bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai situasi di Gaza dan tindak balas Britain terhadapnya.

Dakwaan kedua iaitu memasuki kawasan terlindung memerlukan kebenaran daripada peguam negara, dan kes itu ditangguhkan sehingga 17 Mac.

Day, yang berasal dari sebuah bandar pantai di timur England Ketika ditahan, mendapat sorakan penyokong yang menjerit ‘Wira’ dan ‘Bebaskan Palestin’ semasa dibawa keluar.

Speaker Dewan Rakyat parlimen yang juga terletak di Istana Westminster, Lindsay Hoyle berkata, beliau telah meminta semakan kejadian itu dilaksanakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya