OSLO: Seorang lelaki dari Norway mengemukakan aduan rasmi selepas terkejut melihat kecerdasan buatan (AI) ChatGPT memberi maklumat palsu mendakwa beliau membunuh dua anaknya dan dihukum penjara selama 21 tahun. Arve Hjalmar Holmen telah menghubungi Pihak Berkuasa Perlindungan Data Norway dan menuntut supaya pembangun ChatGPT, OpenAI, dikenakan denda atas kesilapan tersebut. Holmen menyifatkan kesalahan ini sebagai amat serius dan berpotensi mencemarkan nama baiknya. “Apa yang paling menakutkan saya ialah kemungkinan seseorang membaca maklumat ini dan mempercayainya sebagai benar,” katanya. Holmen membuat pencarian di ChatGPT menggunakan pertanyaan mengenai profil dirinya dan terkejut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya