Lelaki dikurung ibu tiri selama 20 tahun

Lelaki dikurung ibu tiri selama 20 tahun

SEORANG lelaki mendakwa dia dikurung ibu tirinya selama 20 tahun sebelum dapat melepaskan diri dengan membakar sebahagian rumahnya. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CONNECTICUT: Seorang lelaki di Connecticut, Amerika Syarikat (AS) mendakwa dirinya dikurung selama hampir dua dekad oleh ibu tiri sendiri di sebuah bilik kecil di rumah keluarganya, sebelum dia membakar sebahagian kediaman itu dalam usaha membebaskan diri.

Mangsa berusia 32 tahun itu ditemui pihak berkuasa selepas polis menerima laporan kebakaran di sebuah rumah berhampiran Waterbury pada 17 Februari lalu.

Menurut Ketua Polis Waterbury, Fred Spagnolo, mangsa yang mengalami kesan terhidu asap dan terdedah kepada api, mengakui kepada polis dia sengaja membakar rumah berkenaan untuk melarikan diri daripada ‘penjara’ yang didakwa memerangkapnya sejak kecil.

“Sepanjang 33 tahun saya dalam bidang penguatkuasaan undang-undang, ini adalah kes penderaan manusia paling teruk pernah saya saksikan,” katanya dalam sidang akhbar kelmarin.

Mangsa memberitahu polis pintu biliknya dipasang papan lapis dan dikunci bagi menghalangnya keluar malah setiap hari, dia hanya diberikan dua keping roti sama ada berintikan telur, salad tuna atau mentega kacang serta sedikit air untuk bertahan hidup.

Kisah memilukan itu bermula kira-kira 20 tahun lalu apabila mangsa mendakwa dia dikurung di biliknya selepas didapati mencuri makanan akibat kelaparan.

Sejak itu, dia tidak dibenarkan bersekolah, tidak mempunyai kawan, dan hanya keluar dari bilik untuk melakukan kerja rumah, menurut afidavit yang diperoleh stesen CNN melalui rakan medianya, WFSB.

“Mangsa mendakwa dia terpaksa mencipta mekanisme sendiri untuk membuang air kecil, menggunakan botol dan menyalurkan air kencing melalui lubang di bingkai tingkap biliknya,” jelas Spagnolo.

Ibu tirinya, Kimberly Sullivan, 56, ditahan polis pada Rabu lalu dan berdepan beberapa pertuduhan, termasuk serangan, penculikan, dan kekejaman terhadap manusia walaubagaimanapun, peguamnya, Ioannis Kaloidis menafikan semua dakwaan tersebut serta menegaskan anak guamnya tidak pernah mengurung atau menghalang mangsa daripada bergerak bebas.

Sullivan dibebaskan dengan ikat jamin AS$300,000 (RM1.4 juta) dan dijangka hadir di mahkamah pada 26 Mac ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya