Lelaki dibuli, diejek gara-gara ibu beri nama Happy

Lelaki dibuli, diejek gara-gara ibu beri nama Happy

TERAUCHI Happy sering menjadi mangsa ejekan sejak dari kecil berikutan namanya yang unik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Seorang lelaki Jepun berusia 27 tahun yang dikenali sebagai Terauchi Happy berkongsi penderitaannya aki­bat nama luar biasa yang diberikan kepadanya sejak kecil, termasuk menjadi mangsa buli, ejekan, dan kesukaran mendapat pekerjaan serta pasangan hidup.

Menurut Happy, nama tersebut diberikan oleh ibunya sebagai lambang kegembiraan selepas kelahirannya dan meskipun memahami niat baik tersebut, dia mengakui nama itu telah membawa pelbagai kesulitan sepanjang hidupnya.

“Ketika masih kecil, saya sering diejek dan dibuli hanya kerana nama saya,” katanya.

Sejak di bangku sekolah, Happy sering menjadi bahan ejekan rakan-rakan di mana setiap kali musim perayaan atau sambutan hari lahir, ucapan seperti ‘Happy Birthday’ sering dijadikan alasan untuk mengusiknya.

Masalah tidak berhenti di situ, ketika menghadiri majlis kemasukan kolej, dia merasa rendah diri apabila semua mata tertumpu kepadanya se­baik sahaja namanya diumumkan disamping turut mengakui namanya juga menyulitkan urusan mencari kerja, apabila syarikat menganggap permohonannya se­bagai gurauan atau tidak serius.

“Apabila saya menghantar resume, kebanyakan syarikat mengabaikan permohonan saya kerana menyangka ia satu jenaka. Ada juga yang hanya percaya selepas saya menunjukkan kad pengenalan,” katanya.

Namun, dalam satu kejadian luar biasa, dia pernah ditawarkan kerja dalam bidang jualan, apabila sebuah syarikat menganggap namanya membawa tuah dan keberkatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya