Lelaki dibakar hidup-hidup di Times Square, New York

Lelaki dibakar hidup-hidup di Times Square, New York

time square
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Seorang lelaki berusia 45 tahun dibakar hidup-hidup di Times Square pada awal pagi semalam, tiga bulan selepas seorang wanita maut dibakar di dalam kereta api bawah tanah di bandar raya ini.

Rakaman dari tempat kejadian menunjukkan detik-detik lelaki tersebut yang tidak berbaju dan mengalami kecederaan lecur teruk dibawa oleh pihak berkuasa ke dalam ambulans selepas api pada tubuhnya dipadamkan.

Menurut polis, lelaki itu ditemui dalam keadaan terbakar sekitar pukul 4 pagi dan dibawa ke hospital berhampiran dalam keadaan stabil.

Penyerangnya didakwa melarikan diri dari tempat kejadian dan kini diburu pihak berkuasa namun, belum dapat disahkan sama ada serangan ini dilakukan secara rawak atau disasarkan.

Menurut penyiasat tempat kejadian, lelaki tersebut dilaporkan disiram dengan bahan pembakar dari botol tequila Patron sebelum api dinyalakan. Mangsa kemudian berlari sejauh 100 kaki ke arah barat dalam keadaan terbakar sebelum seseorang melompat keluar dari kereta dan menyiramnya dengan alat pemadam api, menurut marsyal bomba yang ditemu bual oleh New York Post.

Seorang wanita dari Brooklyn, Anne Lee, 26, memberitahu media mengenai keadaan di Times Square yang ‘menakutkan’ pada awal pagi.

“Tiada langsung polis di kawasan ini. Mereka hanya berada di jalan utama dan memberi arahan kepada pelancong,” katanya.

Keganasan jalanan dijangka menjadi isu utama dalam pilihan raya datuk bandar New York tahun ini. Seorang daripada calon, bekas gabenor negeri Andrew Cuomo menggambarkan bandar ini sebagai di luar kawalan dan berjanji untuk menambah 5,000 anggota polis.

Datuk bandar, Eric Adams bagaimanapun berkata, kekurangan anggota polis bukanlah isu sebaliknya perubahan undang-undang ikat jamin oleh bekas gabenor malah statistik menunjukkan bahawa kadar jenayah di bandar ini semakin menurun.

“Berhenti mengatakan bandar kita berada dalam ‘kekacauan dan krisis’! Ia tidak benar,” kata Adams minggu lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya