LIMA: Seorang lelaki mabuk cedera dirempuh kereta api kargo di Peru akibat tidur di landasan, kata pihak berkuasa tempatan.
“Kereta api itu merempuhnya, tetapi tidak menyebabkan kematian.
“Dia yang dalam keadaan mabuk, tertidur di landasan dan tidak perasan kereta api menuju ke arahnya,” kata pegawai keselamatan untuk bandar Ate di wilayah Lima, Javier Avalos kepada AFP.
Kereta api itu dalam perjalanan menuju banjaran Andes apabila ia merempuh Juan Carlos Tello, 28, sebelum kenderaan itu berhenti.
Rakaman kamera menunjukkan kereta api itu mengheret lelaki terbabit sejauh beberapa meter mengakibatkan lelaki berkenaan cedera ringan di lengan kirinya.