Lebih 4.87 juta hidangan iftar diedar di dua masjid suci minggu pertama Ramadan - Utusan Malaysia

Lebih 4.87 juta hidangan iftar diedar di dua masjid suci minggu pertama Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Pihak Berkuasa Am Penjagaan Masjidilharam dan Masjid Nabawi mengedarkan sebanyak 4,879,682 hidangan iftar kepada jemaah di dua masjid itu sepanjang minggu pertama Ramadan.

Selain hidangan iftar, penggunaan air zam zam juga mencecah 8,393 meter padu.

Emir Madinah, Putera Salman Sultan dalam ucapannya, menekankan komitmen dan keprihatinan kepimpinan Arab Saudi dalam menjaga dua masjid suci serta menyediakan segala kemudahan untuk keselesaan jemaah dan pengunjung.

“Kami berusaha untuk mewujudkan suasana spiritual yang tenang dan damai bagi semua yang datang ke sini,” katanya.

Beliau turut memuji peranan imam-imam Masjid Nabawi dalam menyebarkan nilai-nilai kesederhanaan dan memperkukuh mesej mulia dua masjid suci selain mendoakan agar semua umat Islam diberikan kekuatan untuk berpuasa dan menunaikan solat malam sepanjang bulan Ramadan ini.

Pihak berkuasa juga berjaya menguruskan pembuangan 1,196 tan sisa bagi memastikan persekitaran yang bersih dan selamat untuk jemaah dan pengunjung di dua masjid suci.

Dari segi pengurusan orang ramai, pihak berkuasa dengan kerjasama badan-badan berkaitan, mencatatkan jumlah jemaah umrah tertinggi dalam sehari iaitu mencecah 500,000 orang.

Lebih daripada 196 pintu masuk telah disediakan untuk memudahkan akses dan pergerakan pengunjung Masjidil Haram, termasuk lima pintu utama yang telah meningkatkan aliran orang ramai dengan ketara.

Sebagai komitmen untuk memperkayakan pengalaman budaya dan keagamaan pengunjung, pihak berkuasa telah merasmikan pameran Rumah Pertama di Kawasan Pengembangan Ketiga Arab Saudi yang menarik minat ramai pengunjung yang ingin mengetahui sejarah pembinaan Kaabah dan perkembangannya selama berabad-abad, selain pelbagai artifak dipamerkan.

Pihak berkuasa juga membenarkan pertubuhan sukarelawan memainkan peranan aktif dalam menyediakan perkhidmatan di Masjidilharam antaranya menawarkan bimbingan dan sokongan dalam lima bidang, termasuk perkhidmatan maklumat, pengurusan, dan kesihatan, yang menyumbang kepada persekitaran yang selesa dan selamat untuk pengunjung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya