Lebih 2,100 hektar tanah musnah akibat kebakaran hutan di Jepun - Utusan Malaysia

Lebih 2,100 hektar tanah musnah akibat kebakaran hutan di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MORIOKA: Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lalu meningkatkan ancaman terhadap kediaman penduduk.

Kebakaran di Ofunato, Wilayah Iwate itu memaksa penduduk berpindah sejak ia tercetus pada Rabu lalu sebelum merebak ke kawasan lebih luas mengunjur ke pantai Pasifik, lapor agensi berita Kyodo.

Kebakaran itu juga menyaksikan lebih 2,000 anggota bomba dikerah untuk memadamkan api di semua kawasan terlibat.

Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba berjanji dalam sesi Parlimen untuk menggerakkan sepenuhnya keupayaan pasukan bomba dan Angkatan Pertahanan Diri (SDF) bagi mengelakkan kediaman penduduk terjejas.

Anggota bomba dari seluruh negara dan pesawat SDF terus berusaha memadamkan kebakaran selepas menghalang api daripada memasuki kawasan kediaman di Ofunato pada Ahad.

Menurut Agensi Pengurusan Kebakaran dan Bencana, kebakaran hutan ini adalah yang terbesar di Jepun sejak penghujung 1980-an.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya