Langgar Perlembagaan AS, hakim arah penutupan USAID dibatalkan

Langgar Perlembagaan AS, hakim arah penutupan USAID dibatalkan

PENUNJUK perasaan memegang plakad membantah Elon Musk dan syarikat kenderaan Tesla selepas hartawan itu mengarahkan penutupan Agensi Pembangunan Antarabangsa AS oleh Jabatan Kecekapan Kerajaan di Boston, Amerika Syarikat. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang hakim persekutuan mengarahkan penutupan Agensi Pembangunan Antarabangsa AS (USAID) oleh Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) pimpinan Elon Musk dibatalkan serta merta.

Hakim Daerah Theodore Chuang berkata, Musk dan DOGE kemungkinan besar te­lah melanggar Perlembagaan Amerika Syarikat (AS) dalam pelbagai cara menerusi usaha membubarkan USAID.

Keputusan Chuang dikeluarkan sebagai tindak balas kepada saman yang difailkan oleh bekas pekerja, pekerja serta kontraktor USAID yang mempertikaikan autoriti undang-undang bilionair yang dilantik oleh Pre­siden Donald Trump untuk mengurangkan perbelanjaan dan pekerjaan kerajaan persekutuan.

Mereka berhujah bahawa di bawah Klausa Pelantikan dalam Perlembagaan AS, Musk perlu disahkan oleh Senat untuk melaksanakan autoritinya.

Hakim bersetuju dengan hujah tersebut, bahawa membenarkan Musk terus memegang kuasa besar ke atas kerajaan akan membuka pintu kepada pelanggaran Klausa Pelantikan dan mengurangkannya kepada hanya formaliti teknikal.

Chuang berkata, tindakan Musk dan DOGE telah melanggar autoriti Kongres untuk memutuskan bila dan bagaimana menutup USAID, di mana kebanyakan pekerja telah diletakkan dalam cuti atau dipecat sejak Januari. Agensi tersebut ditubuhkan oleh Kongres pada tahun 1961.

Setiausaha Negara Marco Rubio pada minggu lalu berkata, AS membatalkan 83 peratus program di USAID yang mengagihkan bantuan kemanusiaan di seluruh dunia termasuk program kesihatan dan kecemasan di sekitar 120 negara.

Keputusan hakim itu merupakan satu lagi halangan undang-undang terhadap usaha Trump untuk mengurangkan kos dan bilangan kakitangan kerajaan. Seorang hakim lain baru-baru ini mengarahkan supaya beribu-ribu pekerja percubaan di pelbagai agensi yang telah dipecat diambil bekerja semula.

Chuang turut mengarahkan supaya akses kepada emel dan sistem elektronik lain dipulihkan untuk pekerja dan kontraktor USAID yang masih berkhidmat.

Beliau berkata, agensi tersebut juga harus dibenarkan untuk menduduki semula ibu pejabatnya di Washington melainkan mahkamah menerima pengesahan daripada pentadbir sementara USAID atau pegawai berautoriti lain bahawa bangunan tersebut akan ditutup secara kekal.

Trump menandatangani pe­rintah eksekutif pada Januari lalu yang mengarahkan pembekuan semua bantuan asing AS untuk memberi masa menilai perbelanjaan luar negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya