Ketuai demonstrasi menentang Israel di universiti, ICE tahan aktivis Palestin - Utusan Malaysia

Ketuai demonstrasi menentang Israel di universiti, ICE tahan aktivis Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Seorang aktivis Palestin terkemuka yang memimpin gerakan pelajar menentang Israel di Universiti Columbia ditahan kelmarin oleh pihak berkuasa imigresen.

Menurut peguamnya Amy Greer, tindakan itu dilakukan berdasarkan arahan Jabatan Negara untuk membatalkan visa pelajar dan kad hijau Mahmoud Khalil yang kini dalam tahanan Imigresen dan Penguatkuasaan Kastam (ICE).

Penahanan ini berlaku susulan ikrar Presiden Donald Trump untuk mengusir pelajar asing dan memenjarakan ‘pengacau’ yang terlibat dalam protes menentang perang Israel di Gaza.

Pentadbiran Trump juga telah memberi perhatian khusus kepada Universiti Columbia, dengan mengumumkan akan memotong dana sebanyak AS$400 juta (RM1.76 billion) kerana kegagalan universiti itu menangani isu antisemitisme di kampus, pada Jumaat lalu.

Greer berkata, pihak berkuasa enggan memberitahu isteri Khalil yang sedang hamil lapan bulan sebab suaminya ditahan. Khalil yang juga penduduk tetap AS dengan kad hijau telah dipindahkan ke kem tahanan imigresen di Elizabeth, New Jersey.

Seorang jurucakap Universiti Columbia menegaskan ejen penguatkuasaan undang-undang mesti menunjukkan waran sebelum memasuki kawasan universiti. Namun, jurucakap itu enggan mengesahkan sama ada universiti telah menerima waran untuk penahanan Khalil.

Apabila sesi pengajian bermula semula pada September, Khalil memberitahu Associated Press bahawa bantahan akan diteruskan.

“Selagi Columbia terus melabur dan mendapat keuntungan daripada aparteid Israel, pelajar akan terus menentang,” katanya.

Pelajar Columbia memulakan protes berkhemah di kampus Manhattan pada musim bunga lalu dan merebak ke puluhan kampus di seluruh AS.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif New York Immigration Coalition, Murad Awawdeh dalam satu kenyataan pada Ahad petang menyifatkan penahanan Khalil sebagai satu penghinaan terhadap hak asasi manusia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya