Ketibaan kru SpaceX Dragon disambut penuh emosi di ISS - Utusan Malaysia

Ketibaan kru SpaceX Dragon disambut penuh emosi di ISS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FLORIDA: Kapsul SpaceX menghantar empat angkasawan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada awal Ahad dalam misi membawa balik dua angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) yang terkandas selama lebih sembilan bulan.

Ketibaan mereka disambut tujuh angkawasan termasuk Butch Wilmore dan Suni Williams yang terkandas di ISS selepas berlaku masalah dengan kapsul Starliner Boeing memaksa NASA ebawanya kembali ke bumi tanpa angkasawan, selepas penerbangan ujian pada tahun lalu.

Kapsul SpaceX mengambil masa kira-kira 28 jam untuk tiba di ISS, setelah dilancarkan pada pukul 7.03 malam waktu tempatan pada Jumaat lalu.

Dalam video langsung, keempat-empat kru berkenaan memaklumkan mereka telah melalui perjalanan yang hebat ke ISS dan tidak dapat menggambarkan betapa gembiranya mereka apabila melihat ke luar tingkap dan melihat stesen itu buat kali pertama.

Misi Crew-10, yang sepatutnya menjadi penerbangan pertukaran kru rutin, adalah langkah pertama yang dinanti-nantikan untuk membawa Wilmore dan Williams pulang ke bumi.

Kedua-dua angkasawan itu dijadualkan berlepas dari ISS esok seawal pukul 8 pagi, bersama-sama dengan angkasawan Amerika Syarikat (AS), Nick Hague, dan kosmonaut Rusia, Aleksandr Gorbunov.

Hague dan Gorbunov berlepas ke ISS pada September menggunakan kapal Crew Dragon dengan dua kerusi kosong untuk Wilmore dan Williams, dan kapal tersebut telah berada di stesen sejak itu.

Crew-10, yang dijadualkan tinggal di stesen selama kira-kira enam bulan, terdiri daripada McClain dan Nichole Ayers dari Amerika, Takuya Onishi dari Jepun, dan Kirill Peskov dari Rusia. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya