Kereta api berkelajuan tinggi Haramain sedia 3,400 perkhidmatan sepanjang Ramadan - Utusan Malaysia

Kereta api berkelajuan tinggi Haramain sedia 3,400 perkhidmatan sepanjang Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Kereta api berkelajuan tinggi Arab Saudi, Haramain menyediakan lebih 3,400 perjalanan dengan lebih 1.6 juta tempat duduk sepanjang bulan Ramadan bagi menampung peningkatan jumlah jemaah umrah dan pengunjung.

Perkhidmatan kereta api itu membantu mengurangkan kesesakan jalan raya dengan ketara serta memenuhi permintaan perjalanan yang semakin meningkat antara kota suci Mekah dan Madinah, termasuk Jeddah.

Haramain High Speed Railway, yang menjadi tonggak utama pengembangan rangkaian rel Arab Saudi, merupakan antara kereta api elektrik terpantas di dunia dengan kelajuan 300 kilometer sejam serta menggunakan sistem isyarat dan komunikasi canggih.

Dilancarkan pada 2018, projek kereta api ini bertujuan menyediakan pengangkutan yang selamat dan efisyen untuk jemaah haji, umrah, dan pelancong.

Saudi Arabia Railways (SAR) dengan kerjasama syarikat pengendali telah merangka pelan komprehensif bagi menguruskan peningkatan trafik semasa Ramadan.

Stesen Lapangan Terbang King Abdulaziz, yang merupakan stesen kereta api terbesar di dunia yang dihubungkan ke lapangan terbang, meliputi kawasan seluas lebih 105,000 meter persegi dengan enam platform kereta api, memudahkan pergerakan penumpang.

Stesen ini turut mengurangkan kesesakan jalan di sekitar lapangan terbang dengan menyediakan akses rel terus ke destinasi lain.

Haramain High Speed Railway mengendalikan 35 kereta api elektrik, setiap satu mempunyai 417 tempat duduk di 13 gerabak, termasuk kabin kelas perniagaan dan ekonomi serta kafeteria.

Kereta api ini turut menawarkan kemudahan seperti skrin hiburan dan ciri kebolehcapaian untuk penumpang berkeperluan khas sementara kelas perniagaan menikmati layanan premium, manakala troli makanan disediakan untuk penumpang kelas ekonomi.

Stesen kereta api Haramain menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk balai polis, balai bomba, masjid, pengangkutan awam seperti teksi dan bas ulang-alik ke Masjidilharam, bantuan bagasi, serta ruang menunggu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya