Kenderaan robotik AS, Blue Ghost selamat mendarat di bulan - Utusan Malaysia

Kenderaan robotik AS, Blue Ghost selamat mendarat di bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sebuah syarikat angkasa lepas Amerika Syarikat (AS) berjaya mendaratkan kenderaan robotik di bulan, menjadikannya organisasi swasta kedua yang mencapai kejayaan itu.

Siaran langsung menunjukkan pendaratan Blue Ghost, yang dibina oleh Firefly Aerospace, di bulan semalam.

Kenderaan itu dilancarkan dari Cape Canaveral, Florida, pada Januari lalu menggunakan roket Falcon 9 milik SpaceX.

Blue Ghost mendarat di Mare Crisium, sebuah dataran rendah berdiameter kira-kira 500 kilometer.

Dengan ketinggian sekitar dua meter dan lebar tiga meter, Blue Ghost bakal menjalankan eksperimen selama dua minggu menggunakan beberapa instrumen saintifik.

Kenderaan itu dijadualkan menggerudi permukaan bulan untuk mengambil sampel serta merakam gambar matahari terbenam di lokasi pendaratannya.

Misi ini bertujuan mengumpul data mengenai bagaimana batuan longgar di bulan bertindak balas terhadap pengaruh matahari ketika senja.

Pendaratan komersial pertama di bulan dicapai pada Februari 2024 menerusi kenderaan Nova-C milik syarikat AS, Intuitive Machines.

Nova-C dan Blue Ghost adalah sebahagian daripada program “Commercial Lunar Payload Services” (CLPS) anjuran Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya