ANKARA: Tentera Israel membunuh 130 lagi rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sejak serangan pada Oktober 2023 kepada 49,747, menurut Kementerian Kesihatan pada Sabtu.
Menurut Anadolu Ajansi (AA), kenyataan kementerian itu menyatakan jumlah korban termasuk termasuk dua mayat yang dikeluarkan dari runtuhan bangunan dalam tempoh 48 jam lalu.
Kementerian itu memaklukan, 263 lagi rakyat Palestin cedera dan mereka dipindahkan ke hospital, menjadikan jumlah kecederaan kepada 113,213 dalam serangan Israel.
“Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan jalanan kerana pasukan penyelamat tidak dapat sampai kepada mereka,” menurut kementerian itu.
Lebih 700 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 1,000 yang lain cedera dalam kempen udara mengejut oleh Israel di Gaza sejak Selasa, mencabuli perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan yang berkuat kuasa pada Januari.
Pada November lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan di Gaza.
Israel juga berhadapan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) ekoran perangnya terhadap wilayah itu.